Penyanyi Soo Wincci sanggup menerima padah termasuklah disenaraihitamkan oleh
mana-mana pihak berikutan tindakannya mendesak Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak meletak
jawatan.
Desakan itu dibuat menerusi rakaman videonya yang dimuat turun di laman rasmi Facebook miliknya pada 30 Ogos lalu.
jawatan.
Desakan itu dibuat menerusi rakaman videonya yang dimuat turun di laman rasmi Facebook miliknya pada 30 Ogos lalu.
Wincci berkata, sebagai selebriti dia berani
bertindak sedemikian kerana mahu menjadi wakil buat rakyat yang menentang
pentadbiran perdana menteri dan bersedia sekiranya dilucut taraf
kerakyatan.
”Sebelum memuat turun video berkenaan, saya
sudah bersiap sedia dengan segala risiko yang bakal diterima. Andai kata nama
saya disekat di mana-mana saluran media, saya akur dengan perkara itu,”
katanya yang dihubungi mStar Online.
Pada 30 Ogos lalu, Wincci telah memuat naik klip
video perhimpunan Bersih 4.0 yang berlangsung pada Sabtu lalu serta luahan
rasanya yang terharu melihat sebahagian masyarakat yang turun padang menyertai
perhimpunan berkenaan. Pada masa sama, dia turut mendesak Najib meletak jawatan
segera memandangkan sudah lama perdana menteri itu mentadbir negara selain
begitu selesa dengan kedudukannya sekarang.
Wincci turut memuat naik video lagu baharunya
berjudul This Is The Time yang akan dilancarkan di Amerika Syarikat
pada penghujung tahun ini. Video tersebut menunjukkan visual-visual perhimpunan
Bersih 4.0. Sementara itu, Wincci berkata, dia tiada niat untuk melukakan hati
mana-mana pihak, namun apa yang dilakukannya hak sebagai seorang rakyat.
“Andai kata perjalan kerjaya saya menjadi
sukar di negara sendiri, tidak mengapa. Saya akan terus berusaha dalam cara saya
yang tersendiri. Apa yang dibuat bukan untuk kesenangan saya, tetapi demi
generasi kita pada masa akan datang,” tegasnya.
0 Response to "(VIDEO) SO WINCCI SEDIA TERIMA PADAH ISU RAKAM VIDEO DESAK PM LETAK JAWATAN?"
Catat Ulasan