Kuala Lumpur – Tidak berperikemanusiaan. Itu
gambaran yang tepat berikutan sebuah klip video yang tersebar di laman sosial
menunjukkan seorang lelaki dan wanita bertindak kejam menendang sebelum
membaling kucing ke dalam mesin basuh menjadi viral sejak semalam.
Menerusi klip video yang dipercayai dirakam
menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah pusat dobi harian
memaparkan tindakan lelaki mengangkat kucing dan membaling ke arah kucing lain
yang terbaring di bahagian lantai.
Lebih menyayat hati, rakaman berdurasi 1 minit
37 saat itu turut menunjukkan kelakuan seorang wanita yang bertindak memasukkan
seekor kucing bewarna putih di dalam mesin basuh di kedai dobi tersebut sebelum
melihat keadaan kucing itu dari luar mesin tersebut.
Rakaman itu juga menunjukkan wanita terbabit
hanya membiarkan sahaja kucing itu tanpa mengeluarkan semula dari mesin basuh
berkenaan.
0 Response to "[VIDEO] ZALIM ! Gadis Bertudung Tendang Dan Masukkan Kucing Dalam Mesin Basuh"
Catat Ulasan