Seorang
wanita memuat naik status yang kami anggap agak 'meloyakan' kerana wanita itu
bangga dengan perbuatannya yang telah meruntuhkan rumahtangga wanita lain.
"Sedihnya Abang Aswad balik KB
sudah. Rasa bahagia sangat selama seminggu menghabiskan masa dengan
dia.
"Sekarang dia sudah menjadi
milik aku sepenuhnya sebab dia dah ceraikan isteri dia dengan talak
satu.
"Akhirnya aku menang.
Perempuan kau kalah, sudahlah kau tak cantik," katanya pada status yang dimuat
naik pada 10 Mac 2015 lalu.
Caption
gambar yang dimuat naik oleh Que itu mengundang kritikan orang ramai yang
mengelarnya perampas suami orang. Que pada hari yang sama juga turut memuat naik
status yang lain;
"Salahkah aku mencintai suami
orang sedangkan dia sanggup ceraikan isteri dia demi aku. Terbukti dia lebih
cintakan aku," katanya.
Perkahwinan
bekas isteri, Siti dan lelaki yang bernama Aswad itu telah terjalin selama 13
tahun dikurniakan seorang anak perempuan, hancur begitu sahaja kerana kehadiran
orang ketiga.
Siti,
hanya mampu membiarkan bekas suaminya berlalu pergi.
"Aku tak mampu bersuara, tapi
yang pasti dia masih suami aku. Aku akan tetap mencintai macam dulu seperti 13
tahun yang lalu. Pada kamu Sikin, aku tak berdendam apa pun dengan kamu. Aku
yakin kamu ada hati dan kamu dapat berfikir,"
Entah
apa yang dibanggakan sangat dapat suami orang. Alangkah ruginya si suami
meninggalkan bekas isterinya yang ternyata lebih baik dari yang kedua
ini.
0 Response to "Wanita Ini Bangga RAMPAS Suami Orang Di Kritik Orang Ramai"
Catat Ulasan