Sebelum
ini, rumah tangga pelakon Zamarul
Hisham dan isterinya, Diana Rafar pernah bergolak sementara dan berjaya
diselamatkan bagaimanapun, kini timbul pula masalah kepada iparnya, Linda Rafar
dan Syed Aiman.
Mereka
dilaporkan mengalami masalah rumah tangga dan menurut Linda, Syed Aiman telah
melafazkan cerai kepadanya namun perkara itu dinafikan sendiri oleh suaminya
itu. Susulan itu, kami mendapatkan maklum balas Zamarul mengenai perkara
tersebut.
“Saya
tak boleh nak komen apa-apa. Saya sendiri pun tak sempurna kerana saya dahulunya
pernah mengalami masalah ini. Bila timbul cerita ini saya memang terkejut, dan
tertanya-tanya kenapa,” katanya yang begitu terkejut mengenai kemelut yang
melanda rumah tangga Syed Aiman dan Linda Rafar.
Bagaimanapun,
Zamarul berkata buat seketika ini masih belum mendapat panggilan daripada Syed
Aiman mahupun Linda Rafar dan baginya sendiri tidak perlulah untuk mencampuri
urusan mereka kerana masalah rumah tangga, hanya mereka berdua yang lebih
mengetahui.
“Masih
belum mendapat khabar daripada mereka berdua dan saya tunggu sahaja mereka buka
mulut sendiri. Bagi saya tak perlu untuk mencampuri urusan mereka walhal masalah
saya sendiri pun baru selesai. Saya tak berani nak bagi nasihat ke apa, kita
tunggu sahaja daripada mereka,” tambahnya yang ditemui di Majlis Tayangan
Perdana Filem Kapsul.
Pengalaman
pahit yang dilalui Zamarul sebelum ini sedikit sebanyak mematangkan dirinya
apabila perkara ini terjadi pula kepada iparnya. Zamarul yang turut bersedih dan
terkejut apabila hal ini terjadi berkata apa yang telah berlaku mempunyai alasan
yang tersendiri dan hanya setiap pasangan suami isteri itu sahaja yang
tahu.
“Setiap
apa yang berlaku mungkin ada alasannya yang tersendiri. Ada perkara yang boleh
dikongsikan dan yang tidak boleh dikongsikan. Saya pernah lalui semua perkara
itu dan saya berdoa dan berharap mereka akan berbaik semula,” ujarnya.
Dalam
pada masa yang sama, Zamarul memberitahu dia kini lebih bahagia dan pengalaman
lepas banyak memberikan pengajaran buat dirinya.
“Alhamdulillah
dan bersyukur hubungan saya dengan Diana semakin baik,” jelasnya yang turut sama
menjayakan filem berjudul Kapsul yang bakal ditayangkan pada 17 September
ini.
0 Response to "Zamarul Hisyam Buat Pendedahan Isu Rumah Tangga Linda Rafar Buat Ramai Terkejut"
Catat Ulasan