Ziana Zain merupakan antara barisan
artis yang terlebih dahulu makan garam daripada artis baru ketika ini. Menurut
Ziana, kebanyakan selebriti ketika ini terlalu terbuka tentang kehidupan
seharian malah dalam masa yang sama perasan cantik tapi sebenarnya tidak.
“Dalam
pemerhatian dan pengamatan saya memang ada artis baharu contohnya yang feelingcantik tetapi sebenarnya bila ambil
gambar, hasilnya sebaliknya. Seperti saya katakan, dalam berpakaian ini kena ada
‘try and error’. Sesekali kita kena jual mahal”
“Kita
berikan sedikit sahaja contohnya kemunculan di tempat awam, baru akan beri impak
atau mereka tertunggu-tunggu. Sebab itu juga saya tak berkongsi semua perkara di
laman Instagram termasuk mengenai keluarga. Sesekali sahaja saya muat naik
gambar. Bak orang putih kata,once in a blue
moon,” jelas Ziana kepada BH
Online.
Tidak
terlalu berkongsi tentang kehidupan seharian dan juga privsi keluarga, Ziana
juga menambah, dia banyak mengambil contoh berfesyen melalui majalah fesyen yang
dibelinya setiap bulan.
0 Response to "Ziana Zain Berani Mati Luah Rasa Tidak Puas Hati Terhadap Pelakon Yang "Feeling Cantik tu""
Catat Ulasan