UK Haramkan Merokok Dalam Kereta Jika Bersama Kanak-Kanak
Bermula 1 Oktober 2015, larangan
merokok di dalam kereta yang mempunyai penumpang di bawah umur 18 tahun akan
berkuat kuasa.
Menurut laporan dari PaulTan, ia adalah usaha untuk melindungi
kanak-kanak dan remaja daripada bahaya asap rokok. Kerajaan UK akan melaksanakan
undang-undang baru itu di England dan Wales.
Pemandu atau penumpang yang didapati
bersalah akan didenda sehingga sehingga GBP £ 50 (RM333).
Undang-undang baru itu juga akan
berkuat kuasa pada semua jenis kenderaan.
Namun, perokok di benarkan merokok
bersama kanak-kanak atau mereka di bawah umur 18 tahun, jika bumbung kenderaan
yang dinaiki dibuka sepenuhnya.
Dengan hanya membuka tingkap atau
tingkap bumbung sahaja tidak mencukupi dan akan tetap dikenakan
denda.
Manakala pemandu tunggal yang berumur
17 ke atas dan mempunyai lesen sementara, boleh merokok di dalam kenderaan,
dengan syarat ia adalah kenderaan mereka sendiri.
Tetapi tidak dapat dipastikan sama ada
larangan tersebut berkuat kuasa untuk rokok elektrik atau tidak.
0 Response to "Haram Merokok Dalam Kereta Jika Bersama Kanak-Kanak Dan Akan Didenda"
Catat Ulasan