Rasa 
curiga seorang suami selepas permintaan melakukan hubungan kelamin ditolak 
isteri, membongkar rahsia perbuatan jijik wanita terbabit yang dikatakan 
menjalinkan hubungan intim dengan ‘kekasih gelap’ yang juga majikannya di sebuah 
rumah sewa di Kampung Petagas, di sini, sejak tujuh bulan lalu.
Isteri 
cantik curang
Perbuatan 
wanita berusia 28 tahun itu semakin terserlah apabila suaminya terbaca khidmat 
pesanan ringkas (SMS) berbaur cinta dalam telefon bimbit isterinya, malam 
kelmarin.
Menurut 
sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam ketika suami wanita itu 
dikatakan ingin melakukan hubungan kelamin, tetapi ditolak isteri kononnya 
kepenatan kerana bekerja.
“Tidak 
lama kemudian, telefon bimbit isteri berdering singkat diikuti bunyi SMS, 
menyebabkan suami wanita itu mengambil telefon dan terkejut apabila melihat SMS 
tertera perkataan ‘sayang’ dihantar seorang lelaki.
“Lelaki 
terbabit kemudian meminta penjelasan isteri berkaitan lelaki yang menghantar SMS 
itu, tetapi tidak diendahkan wanita itu sebelum pujukan suami menyebabkan wanita 
mengakui menjalinkan hubungan dengan majikan,” katanya.
Sumber 
berkata, lelaki terbabit yang terkejut dengan pengakuan isterinya kemudian 
memanggil individu berkaitan yang juga seorang India Muslim bagi mendapatkan 
penjelasan.
Menurutnya, 
lelaki itu mengaku melakukan hubungan seks dengan wanita itu sejak tujuh bulan 
lalu dan ia diakui wanita terbabit.
“Wanita 
itu turut mengaku kerap mengadakan hubungan seks dengan lelaki terbabit dua kali 
sehari pada waktu siang di rumah sewa lelaki berkenaan yang terletak berhampiran 
tempat kerja wanita berkenaan,” katanya.
Sumber 
berkata, suami wanita itu kemudian memanggil imam di kampung berkenaan, Imam 
Norisham Purah yang juga Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri 
Sabah (JHEAINS) yang kemudian membawa pasangan terbabit ke Balai Polis 
Putatan.
Norisham 
berkata, siasatan mendapati wanita itu bekerja di sebuah kedai runcit milik 
lelaki terbabit di Kampung Petagas sejak Mac lalu dan sejak itu mereka melakukan 
hubungan seks di rumah sewa lelaki berkenaan.
“Kedua-dua 
mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Putatan untuk diambil keterangan sebelum 
dibebaskan dengan ikat jamin.
“Pasangan 
itu ditahan mengikut Seksyen 80, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 
kerana melakukan persetubuhan haram,” katanya.
Difahamkan, 
suami wanita terbabit dijangka menceraikan isterinya berikutan kecewa dengan 
kejadian itu.
0 Response to ""ISTERI TOLAK AJAKAN BATIN SUAMI KERANA PENAT BERZINA DENGAN KEKASIH""
Catat Ulasan