KUALA
LUMPUR — Tiada lagi suspek diburu berhubung kes pembunuhan Timbalan Ketua
Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara Anthony Kevin Morais,
selepas lapan individu didakwa sebelum ini.
Ketua
Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata siasatan polis terhadap kes
berkenaan sudah dianggap selesai.
“Tidak
perlu lagi buka kertas siasatan, semua telah selesai,” katanya ketika dihubungi
Bernama hari ini.
Beliau
berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada siasatan polis terhadap kes
berkenaan masih berjalan, atau kertas siasatan baharu akan dibuka.
Isnin
lepas, enam lelaki didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh Morais manakala
dua lagi, termasuk doktor tentera, dituduh bersubahat melakukan kesalahan
itu.
Mayat
Morais, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah,
Subang Jaya, dekat sini pada 16 Sept lepas.
Morais
dilaporkan hilang pada 4 Sept, dan kali terakhir dilihat meninggalkan
pangsapurinya di Menara Duta di sini, untuk ke tempat kerjanya di Pejabat Peguam
Negara, Putrajaya.– BERNAMA
0 Response to "Kes Morais: Siasatan Selesai, Tiada Lagi Suspek Diburu"
Catat Ulasan