Zlatan Ibrahimovic membuat pendedahan
bahawa Cristiano Ronaldo tidak akan berjaya dalam kariernya tanpa Wayne
Rooney.
Ibrahimovic mendedahkan perkara tersebut ketika
sesi temubual bagi persiapan dokumentari keempat mengenai Rooney selepas
beberapa kisah menarik penyerang Manchester United itu telah dibongkarkan
sebelum ini.
“Ketika Cristiano Ronaldo bersama United, semua kerja dilakukan Rooney, tetapi Cristiano yang mendapat nama.
“Dia seorang sahaja yang membuat jaringan, manakala Rooney berlari, berjuang dan banyak membuat pengorbanan untuk pasukan berbanding pemain dari Madeira itu.”
Penyerang Paris St Germain itu berkata, dia pastinya amat gembira jika dapat bermain bersama Rooney satu masa nanti.
“Jika tidak dapat beraksi dengan Rooney, saya mungkin akan menonton dia bermain di kaca televisyen sahaja,” katanya.

-mstar
0 Response to "Rooney Buat Kerja, Ronaldo Dapat Nama?"
Catat Ulasan