SAAT PALING MANIS IALAH SAAT PALING PERIT MEMBESARKAN ANAK


Kawan aku yang masih bujang bertanya, "Man, anak dengan bini, mana yang hang sayang?"

Aku jawab, "Dua-dua tapi sayang yang berbeza,". Aku tanya dia balik, "Hang sayang kereta dengan sayang mak hang, mana yang paling hang sayang?". Barulah dia faham.

Orang bujang, aku tak tahu nak menggambarkan dengan kata-kata macam mana rasa sayangkan anak sebab sayang itu perkataan, tetapi rasanya pelbagai dan berlainan.

Hang sayang bini, dia berak, hang cium tak pungkoq bini? Tapi bila anak berak, hang sanggup cium sebab nak pastikan dia betul-betul berak. Bini aku tutup pintu kereta kuat sikit je, muka aku dah hijau. Anak berak atas seat kereta, kau sebagai bapak tetap sanggup kaut guna tangan juga. Lagipun anak aku susu badan, bau najis dia cuma bau susu masam je.

Kau nikah, dapat anak, kau rasa sendiri. Kalau ada peluru hidup datang meluru ke anak kau, mesti kau akan sanggup tadahkan badan jadi perisai. Betul, kau percayalah. Kalau ada harimau nak baham anak kau, kau akan suruh anak kau lari dan kau hadap harimau itu dengan tangan kosong. Benda ini kau tak perlu jadi berani pun sebab anak, kau akan jadi berani.

Saat yang paling manis ialah saat paling perit semasa membesarkan anak. Contohnya aku pernah tidur berdiri. Nikmat tak terkata, kau rasalah sendiri.

Aku bukan Maha Penyayang. Kau bayangkan, luas mana pula kasih sayang Tuhan pada manusia? Kalau aku yang bukan Maha Penyayang dah sampai tahap macam ini, kau bayangkan Kasih Sayang Tuhan pada hambaNya. Allahurabbi. Sebab itu aku marah kalau ada ustaz kuliah suka sempitkan kasih sayang Tuhan.

Sayang bini, kau belai dan manja. Sayang anak, minta nyawa. Macam itulah lebih kurang rasanya sayang anak. Nak rasa? Nikahlah, doalah dan minta dari yang Maha Kaya. - Abu Hannah


0 Response to "SAAT PALING MANIS IALAH SAAT PALING PERIT MEMBESARKAN ANAK"

Catat Ulasan