TAJUDDIN BAGI AMARAN MAHU LEMPANG CINA MALAYSIA



KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hari ini memberi amaran akan melempang mana-mana rakyat berbangsa Cina di negara ini yang mengadu masalah kepada pihak luar, lapor MalaysiaKini.

"Saya nak bagi amaran juga kepada Cina Malaysia jangan ingat bila ada masalah dia nak mengadu, sikit-sikit mengadu supaya ada yang lindungi mereka. Nak kena lempang macam itu," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pameran Perdagangan dan Persidangan Herbal Asia 2015 di bangunan Matrade, Kuala Lumpur hari ini.

"Orang Cina yang ada di Malaysia jangan beranganlah bila ada "big boss" datang, ada "God Father" datang dari negara China sebab nak tolong dia. Jangan berangan begitu," katanya yang juga anggota Parlimen Pasir Salak.

Tajuddin mengulas mengenai kehadiran Duta Besar China, Huang Huikang yang datang ke Malaysia hanya untuk melindungi rakyat China yang datang melancong ke Malaysia.

"Dia kata nak lindungi rakyat dia bukan Cina Malaysia, buat apa nak campur tangan. Saya pun marah kalau dia campur tangan. Duta China kata kenyataan dia telah digembar-gemburkan, dia tidak ada niat campur tangan dalam hal ehwal negara kita, tak ada niat nak membela orang Cina di sini," katanya.

0 Response to "TAJUDDIN BAGI AMARAN MAHU LEMPANG CINA MALAYSIA"

Catat Ulasan