CCTV Kenalpasti Individu Guna Pasport Palsu

alt




SEPANG 9 Mac -   Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA) kenalpasti pergerakan dua identiti suspek yang menggunakan pasport palsu ketika menaiki pesawat MH370.

Ketua Koordinasi, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya kini sedang bekerjasama dengan agensi antarabangsa untuk mengenalpasti perkara berkenaan.

Katanya kepada pemberita di Hotel Sama-Sama, Putrajaya, hari ini.

Tambahnya, hanya dua penumpang pesawat tersebut sahaja mengunakan pasport palsu bukannya empat individu sepertimana yang dilaporkan beberapa media sebelum ini.

Sementara itu, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, pesawat MH370 berkemungkinan berpatah balik ke Malaysia berdasarkan signal radar TUDM selepas ia hilang.

Selain itu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, sebanyak 22 pesawat, 40 kapal digerakkan bagi operasi mencari dan menyelamat MH370 termasuk di Selatan Melaka.


 


via : rakyatnews.my

0 Response to "CCTV Kenalpasti Individu Guna Pasport Palsu"

Catat Ulasan