Beijing: China akan mengetatkan perundangan alam sekitar dan memaksa pelakunya membayar pampasan ekoran masalah pencemaran udara yang berpunca daripada mereka, menurut pembuat undang-undang utama negara itu semalam.
Dalam satu laporan kepada sesi tahunan rasmi perundangan, Zhang Dejiang berkata perniagaan bertanggungjawab terhadap kerosakan alam semula jadi dan mereka mesti bertanggungjawab. Beliau berkata semakan undang-undang sedang disiapkan.
Perubahan perlu dilakukan untuk memantau pelepasan dan mengawal pencemaran bermula daripada puncanya. Januari menyaksikan bacaan pencemaran udara 2.5 melampaui 500 mikrogram setiap meter padu, iaitu 20 kali lebih tinggi dari paras selamat WHO.
Aktiviti luar dibatal
Pencemaran teruk melanda utara China pada Februari hingga awal Mac, menyebabkan masalah jantung dan pernafasan selain memaksa sekolah membatalkan aktiviti luar. Jerebu tebal turut mengganggu laluan udara dan pertumbuhan tanaman.
China berulang kali menekankan kepentingan mengawal pencemaran tetapi tidak melaksanakan langkah yang diumumkan itu kerana bimbang pertumbuhan ekonomi perlahan selain gangguan sosial.
Ucapan 90 minit Zhang kepada Kongres Kebangsaan Rakyat dilihat sebagai medium perubahan dalam sistem politik satu parti Marxism-Lenin yang sudah ditolak kebanyakan pemimpin politik kini.
Ucapan itu tahun ini menawarkan sokongan berkala kepada sistem semasa. Seramai 3,000 ahli parlimen bertemu untuk beberapa hari setahun dengan urusan perundangan diuruskan kira-kira 175 jawatankuasa pengurusannya.
AP
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Response to "China hukum pesalah alam sekitar"
Catat Ulasan