KUALA LUMPUR 18 Mac - Pihak kerajaan diminta untuk menyiasat dan mengadakan kajian terperinci berhubung kes penggunaan dadah di konsert Festival Future Music Asia 2014 (FMFA), Sabtu lepas.
Ahli Parlimen Kinabatanga, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata penggunaan dadah di konsert sebegitu di negara ini adalah mengejutkan dan tidak seharusnya berlaku.
"Saya mahu kerajaan mengkaji, kenapa apabila ada konsert (FMFA), ada yang mati, kematiannya pula kerana pengambilan dadah berlebihan, kenapa dibenarkan dalam konsert sebegini.
"Saya tidak tahu macam mana tidak ada kawalan ke arah untuk mengekang (penggunaan dadah)," katanya pada persidangan Dewan Rakyat semalam.
Awal pagi Sabtu lepas, enam orang, termasuk tiga wanita, meninggal dunia manakala 14 individu dirawat di hospital akibat mengambil dadah ketika menonton konsert FMFA.
Enam orang yang meninggal dunia itu adalah warga tempatan berumur 19 hingga 28 tahun.
0 Response to "Kerajaan Diminta Siasat Kes Dadah Di FMFA"
Catat Ulasan