KUALA LUMPUR 17 Mac - Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) turut bersama-sama menjayakan program Selawat Perdana (Malam Cinta Allah dan Rasul) dengan menyediakan pengangkutan awam untuk para pengunjung yang ingin turut serta pada program ini.
Ketua Pengarah KTMB, Datuk Nawawi Ahmad berkata, penganjur akan menyediakan bas ulang alik daripada stesen kereta api Serdang ke Dataran Putrajaya yang bermula pada jam 5 petang.
"Stesen paling hampir untuk ke Masjid Putra ialah Stesen Serdang, pihak penganjur menyediakan bas ulang alik ke sana bermula pada 5 petang hingga 7 malam dan 10 malam sehingga 11.30 malam," katanya kepada pemberita semasa mempromosikan Selawat Perdana di KL Sentral, hari ini.
Turut hadir pada program ini adalah artis ternama negara seperti Nabil Ahmad, Fizz Fairuz, Bienda, Tasha Shila dan Mawi.
Tambah beliau, pihak KTM juga akan mengadakan hebahan di kesemua stesen KTM, paparan skrin LCD di dalam gerabak, Sistem Maklumat Penumpang, pengedaran risalah, dan di media sosial milik KTM.
"Kita akan membuat hebahan program Selawat Perdana melalui paparan LCD skrin didalam tren komuter bermula esok sehingga 21 Mac. Kita juga akan memaparkan di sistem maklumat penumpang di setiap stesen yang berjumlah 44 stesen. Kita juga akan mengadakan pengumuman melalui jadual berkala dan hebahan program ini juga dilakukan melalui akuan twitter milik KTM," katanya lagi.
Menurut beliau, tambang juga akan direndahkan kepada para pengguna pada hari program berlangsung.
"Tambang komuter ke Serdang amat rendah dan berpatutan. Contohnya pengguna dari KL Sentral ke Serdang hanya dikenakan RM1.70, dari Bandar Tasik Selatan RM 1, dari stesen Kajang RM 1.10, dari UKM RM 1.70 dan pengguna dari Seremban RM 5.
"Kepada pengguna kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, warga emas 60 tahun keatas dan Orang Kurang Upaya (OKU) kita mengenakan separuh tambang dewasa dan kanak-kanak bawah umur 4tahun ke bawah percuma," katanya lagi.
Sementara itu, Setiausaha Sekretariat Selawat Perdana, Shahrul Nasrun Datuk Kamaruddin berkata, Program Selawat Perdana juga akan bersiaran langsung melalui astro Al-Hijjrah, Astro Oasis dan RTM1 dan juga live streaming.
"Di tayangkan secara langsung melalui Tv Al-Hijrah selaku penyiar rasmi, selain itu Astro Oasis dan juga RTM 1 turut akan menyiarkan program ini.
"Live Streaming juga akan digunakan bagi mereka yang berada di luar negara yang telah menghubungi saya memlalui email dan telefon yang akan menggunakan layar gergasi. Live Streaming boleh dilayari di www.selawarperdana.com ," katanya.
Selawat Perdana yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya pada 21 Mac ini dengan penampilan khas oleh habib Syech Bin Abdul Qadir Asseqaf dan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.
0 Response to "KTMB Gabung Tenaga Jayakan Program Selawat Perdana"
Catat Ulasan