KLIA2 Dibuka 2 Mei Ini

alt

 
KUALA LUMPUR 13 Mac - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) akan dibuka pada 2 Mei ini seperti yang telah di jadualkan.
 
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien turut menafikan dakwaan bahawa 65 peratus daripada bangunan terminal KLIA 2 gagal dalam pemeriksaan keselamatan.
   
Beliau berkata, satu pemeriksaan keselamatan yang dijalankan pada Januari lepas mendapati kerja perparitan dan jalan masih belum siap sepenuhnya selain berlaku keretakan paip pembentungan akibat mendapan tanah.
   
"Namun pada 27 Feb 2014, satu pemeriksaan susulan dijalankan dan mendapati kerja perparitan dan jalan telah siap sepenuhnya," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Tony Pua Kiam Wee (DAP-Petaling Jaya Utara) di Dewan Rakyat hari ini.
   
Hishammuddin menjelaskan kerja pembentungan pula masih dilaksanakan dan akan siap April ini.
   
Pua dalam soalannya ingin tahu sama ada pembukaan KLIA 2 akan ditunda kerana menurut laporan pihak berkuasa 65 peratus bangunan terminal tidak lulus pemeriksaan keselamatan.
   
KLIA2 sebelum ini dijadual dibuka pada 30 April sebelum ditunda kepada 2 Mei.
 
 
 

0 Response to "KLIA2 Dibuka 2 Mei Ini"

Catat Ulasan