Laporan MH370 Terbang selama 4 Jam Tidak Benar

Rakyat News

 

SUBANG 13 Mac - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang membawa penumpang dari Kuala Lumpur ke Beijing telah berada di udara selama empat jam sebelum hilang dari radar.

Laporan tersebut turut dinafikan Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Jauhari Yahya yang menjelaskan Rolls Royce - Boieng juga tidak menerima sebarang data berhubung tempoh pesawat tersebut berada di udara.

Sebelum ini, laporan Wall Street Journal (WSJ) hari ini turut mendakwa pesawat itu telah terbang beribu kilometer selepas perhubungan terakhir dengan pengawal trafik udara pada kira-kira 1.30 pagi Sabtu lalu.

 

 

0 Response to "Laporan MH370 Terbang selama 4 Jam Tidak Benar"

Catat Ulasan