TAWAU, 11 Mac - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya merampas peralatan bahan letupan yang digunakan untuk menangkap ikan secara haram dalam Op Landai di kawasan Sabindo pagi semalam.
Komander PPM Wilayah 4 ACP Mohamad bin Madun berkata seorang lelaki warga tempatan berusia 63 tahun bersama isteri yang merupakan warga asing tidak memiliki pengenalan diri berada dalam keadaan mencurigakan semasa rondaan dijalankan oleh anggota yang bertugas.
“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 100 unit Special Ordinary
Detonators dan fius serta dua gulung wayar yang berjumlah RM12,400 dijumpai bersama pasangan tersebut,” katanya lagi.
Suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Tawau bersama barang rampasan untuk tindakan dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, katanya.
Mohamad memberi amaran kepada mana-mana pihak dan individu yang menjalankan kegiatan menyeludup Detonators dan fius yang dipercayai digunakan untuk membuat bom ikan agar memberhentikan kegiatan mereka.
PPM Wilayah 4 Sabah akan terus memantau dan melaksanakan operasi yang berterusan bagi membanteras aktiviti tersebut, tambah Mohamad. Foto - Facebook Polis DiRaja Malaysia
0 Response to "Marin Tawau Rampas Peralatan Bom Ikan"
Catat Ulasan