KUALA LUMPUR 11 Mac - Inisiatif subsidi dan insentif kepada rakyat akan diteruskan kerajaan bagi meringankan beban kenaikan harga barang dengan kadar inflasi negara tahun lepas mencecah 2 peratus.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif yang diperkenalkan kerajaan meliputi perbelanjaan sehingga RM40 bilion bagi tahun 2014 untuk diagihkan kepada tujuan tertentu demi memastikan tujuan agihan subsidi kepada golongan sasar tercapai.
"Sejumlah RM2.4 bilion dari peruntukan disubsidi kepada barangan asas seperti produk petroleum, gas memasak, minyak masak dan tepung gandum. Selain itu RM1.9 bilion diberikan kepada subsidiinsentif hasil padi," katanya pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut Najib, agihan subsidi kepada golongan sasar lebih berkesan menerusi pemberian insentif daripada menurunkan harga secara terus sepertimana Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) mengkategorikan penerima kepada beberapa kumpulan supaya agihan yang diberikan sama rata mengikut taraf ekonomi masing-masing.
Perdana Menteri berkata demikian bagi mengulas soalan dari Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Mokhtar Radin berkenaan langkah kerajaan kenaikan kos sara hidup yang tinggi.
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan menjelaskan, langkah yang diprkenalkan kerajaan cuma membawa impak minimum berikutan pelbagai faktor perlu dipertimbangkan diatas kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
"Beberapa punca dikenalpasti dalam kenaikan harga barang antaranya disebabkan manipulasi harga dan bekalan, ketidakcekapan logistik dan operasi serta kebergantungan kepada barang import.
"Selain itu faktor cuaca di musim tengkujuh dan kemarau telah mempengaruhi jumlah pengeluaran terutamanya makanan basah menyebabkan bekalan makanan berkurang mendorong peniaga menaikkan harga.
"Oleh demikian mekamisma menangani harga barang ini perlu diperkemaskan bersesuaian dengan keadaan semasa jadi kita sentiasa menyusun semula mengikut keseusaian supaya rakyat atau golongan sasar akan merasa faedahnya," katanya lagi.
Tambah beliau, mekanisma pengawalan harga barang turut dengan kerjasama 10 hypermarket seluruh negara melibatkan 10,000 produk tertentu selain memberi anugerah kepada premis yang memberi harga berpatutan kepada pengguna.
Ujarnya lagi,kerajaan juga kini giat menangani kenaikan harga barang menerusi sebuah jawatankuasa uang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan peruntukan RM3.57 juta.
0 Response to "Kerajaan Giat Tangani Masalah Kenaikan Kos Sara Hidup - Najib"
Catat Ulasan