KUALA LUMPUR 17 Mac - Pelawak, pelakon dan pengacara, Nabil Ahmad berpendapat program Selawat Perdana merupakan satu program yang amat baik buat seluruh umat Islam.
Nabil berkata, sesiapa yang tidak hadir akan berasa rugi kerana program ini diadakan secara besar-besaran dan terbuka.
"Program ini diadakan secara terbuka dan siapa yang tidak hadir akan rugi. Kata orang-orang tua dalam hidup ini biarlah ada keseimbangan di antara hiburan dan juga majlis ilmu ini.
"Saya sendiri telah mengikuti program seperti ini daripada dulu dilakukan bersama Ustad Don.
"Alhamdulillah, program ini juga membuka peluang kepada mereka yang selama ini asyik bertanya mengenai program seperti ini. Sekarang mereka hanya perlu hadir sahaja," katanya kepada RakyatNews semasa Program Pengedaran Risalah Selawat Perdana di KL Sentral, petang semalam
.
Nabil juga melahirkan rasa syukur apabila dipanggil untuk turut sama menyertai program Selawat Perdana.
"Alhamdulillah. Apabila saya dipanggil untuk turut serta berkempen Selawat Perdana ini, saya rasa amat-amat bersyukur dan di ingati," ujarnya lagi.
Program Selawat Perdana yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya pada 21 Mac ini disasarkan bakal dihadiri 500,000 umat Islam dengan penampilan khas oleh Habib Syech Abdul Qadir Asseqaf dan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi 012-2233757 atau boleh melayari laman sosial Facebook https://www.facebook.com/selawatperdana atau Twitter @selawatperdana
0 Response to "Nabil Ajak Peminat Hadir ke Program Selawat Perdana"
Catat Ulasan