Apa Punca Sebabkan Lelaki Mandul ?



Ada beberapa kebiasaan atau tabiat yang anda lakukan pada setiap hari, kebanyakannya dikatakan menjadi punca lelaki mandul. Jika anda fikir itu tidak mungkin, cuba baca dan  anda lihat sebab mengapa kebiasaan ini memberi kesan buruk bagi kesuburan kaum lelaki.

1. Merokok. Merupakan salah satu tabiat buruk yang berkaitan dengan kemandulan lelaki. Nikotin dan tembakau boleh merosakkan sperma serta mengurangkan jumlahnya.

2. Obesiti. Berat badan anda juga salah satu unsur yang mempengaruhi kesuburan. Obesiti menyebabkan perubahan hormon menjadi abnormal, hingga mencetuskan timbulnya kemandulan.

3. Stres. Stres boleh disebabkan oleh gaya hidup atau tekanan kerja. Ia merupakan salah satu pencetus utama ketidaksuburan lelaki. Dalam beberapa kes stres juga mengakibatkan disfungsi erektil dan kurangnya pengeluaran sperma.

4. Laptop. Panas pada laptop yang anda pangku ketika penggunaannya boleh menyebabkan testis menjadi panas. Ia memberi kesan buruk dan merosakkan kualiti sperma.




5. Steroid. Steroid yang digunakan oleh lelaki untuk membentuk tubuh. Sebenarnya ini boleh menyebabkan ketidaksuburan pada lelaki.

6. Mandi air panas. Mandi air panas, apalagi berendam, boleh merosakkan sperma dan mendorong terjadinya kemandulan.

7. Radiasi telefon bimbit. Apabila anda meletakkan telefon di dalam poket seluar, maka radiasinya boleh mempengaruhi testis. Jika ini dilakukan terus-menerus, boleh mencetuskan disfungsi erektil dan ketidaksuburan pada lelaki.

8. Alkohol. Alkohol mengurangkan pengeluaran testosteron, yang akhirnya mengurangkan jumlah sperma. Lama-kelamaan, hal ini boleh mencetuskan kemandulan.

9. Seluar ketat. Pemakaian seluar ketat membuat suhu di testis meningkat, dan mengakibatkan jumlah pengeluaran sperma menurun.

Sumber olahan semula: Boldsky

sumber

0 Response to "Apa Punca Sebabkan Lelaki Mandul ?"

Catat Ulasan