KAJANG 14 Mac - Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) seharusnya membina kawsan parkir bertingkat di Bandar Kajang untuk menyelesaikan masalah parkir terhad berikutan tempat sedia ada tidak mencukupi untuk menampung jumlah pengguna kenderaan yang banyak.
Penduduk Kajang, Raja Abdul Aziz Raja Azlan, 53, berkata, ianya merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan isu tersebut ekoran banyak kawasan lapang di sekitar Bandar Kajang menjadi lokasi strategik unutk membina parkir bertingkat.
"Pada pendapat saya, tanah-tanah kosong yang berada di Bandar Kajang ini sepatutnya dibina tempat letak kereta bertingkat oleh pihak MPKj.
"Ada dua kawasan tanah lapang ia itu berhampiran arkib MARA dan bersebelahan Stadium Kajang," katanya kepada Rakyat News semalam.
Masalah yang berlarutan sejak sekian lama ini turut dihadapi suri rumah Zanariah Baharum, 50, yang terpaksa keluar awal pagi bagi mendapatkan tempat letak kereta untuk membeli belah.
"Saya terpaksa keluar awal pagi untuk ke bandar kalau lewat memang tiada tempat letak kereta.
"Memang seeloknya tempat parking bertingkat dibina di kawasan bandar," katanya.
Sementara itu anak jati Kajang , Radin Hariz Mohd Ali, 29, mengakui kekurangan tempat letak kereta menjadi masalah utama di Bandar Kajang.
"Parking kereta di sini memamg sukar hanya mengharapkan tempat letak kereta pusat membeli belah untuk letak kereta.
"Saya bersetuju dengan pembinaan tempat letak kereta bertingkat dan berharap ia dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin."
Tambah Radin, beliau berharap pihak berkuasa dapat menaik taraf tempat letak kereta di Bandar Kajang disamping mengurangkan kos parkir yang disifatkannya terlalu tinggi.
0 Response to "Penduduk Kajang Mahu MPKj Bina Parking Bertingkat"
Catat Ulasan