Penyambung legasi

Umum mengenali Zulkifli Haron, insan genius yang sering menghiasi dada akhbar atas kejayaannya mencipta pelbagai produk hebat.

Sehingga kini, walaupun kisahnya semakin jarang dipaparkan kepada umum, lelaki berusia 54 tahun itu masih lagi setia merekacipta pelbagai peralatan dan mesin.

Akui MacGyver Melayu yang dilahirkan di Kelantan, tetapi membesar di Rawang, Selangor itu, tiada satu saat pun mindanya berhenti berfikir.

“Mustahil rasanya apabila saya cakap hendak berehat daripada mencipta produk sebab asal buka saja mata, mesti terfikir sesuatu,” katanya ketika ditemui di Zull Design Autotronic (ZDA) di Rawang, baru-baru ini.

Bertemu mata dengan Zulkifli, ternyata lelaki ini cukup merendah diri walaupun dikurniakan Tuhan bakat yang cukup istimewa. Malahan, berkali-kali beliau menyatakan terima kasih kepada media yang banyak menyiarkan kisahnya.

“Artikel disiarkan akhbar banyak mengubah tanggapan orang mengenai ‘kerja gila’ saya sehinggalah ia akhirnya diterima masyarakat,” katanya.

Bapa borek, anak rintik
Kini, bapa kepada tujuh cahaya mata itu wajar berbangga kerana dua anak lelakinya mempunyai kecenderungan yang sama sepertinya dalam bidang reka cipta.

“Jujurnya saya bangga sebab dua anak nampak seperti ada minat untuk mereka cipta walaupun apa yang saya buat ini hanya ‘reka cipta kampung’ saja.

0 Response to "Penyambung legasi"

Catat Ulasan