KUALA LUMPUR, 14 Mac - Perodua akan mengagihkan dana operasi bernilai 1.2 juta pound (RM6 juta) selama lapan tahun kepada pengedarnya di United Kingdom, Perodua UK Ltd, bagi meneruskan perkhidamatan lepas jualannya di sana.
Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, perkhidmatan lepas jualan termasuk memastikan adanya alat ganti, jaminan lepas jualan dan perkhidmatan penyenggaraan biasa kenderaan.
"Langkah itu bagi memberi jaminan kepada pelanggannya di United Kingdom bahawa Perodua kekal komited dalam menyokong mereka dan rakan kongsinya," katanya dalam satu kenyataan hari ini
Beliau menjelaskan, Perodua akan mengedar 1.2 juta pound dalam ansuran kepada Perodua UK setiap suku tahun sehingga akhir 2020.
Perodua mula mengeksport ke United Kingdom pada 1998 dan telah menjual hampir 13,000 kenderaan sehingga kini, daripada Kancil, yang dikenali sebagai "Nippa" di United Kingdom, Perodua Kelisa, Perodua Kenari dan Perodua Myvi.
Pada masa ini, Perodua UK mempunyai 55 wakil penyenggaraan di United Kingdom, yang terletak di England, Wales, Scotland, Ireland Utara dan Channel Islands.
0 Response to "Perodua : Dana RM6 Juta Edar Pasaran di UK"
Catat Ulasan