KUALA LUMPUR, 14 Mac - Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS petang ini selepas lebih ramai pelabur beralih kepada mata wang selamat berikutan ketidaktentuan ekonomi yang berterusan.
Pada jam 5 petang, ia disebut harga pada 3.2780/2810 berbanding 3.2720/2750 dolar AS ketika ditutup semalam.
Peniaga berkata, pelabur mengambil sikap berhati-hati selepas ekonomi kedua terbesar dunia, China, mengeluarkan data yang mengecewakan hari ini, membayangkan ekonomi negara itu mungkin mengalami kelembapan berterusan.
"Pelabur mula mengalih minat mereka kepada bon kerajaan bernilai tinggi dan menjual aset yang lebih berisiko, dengan Wall Street merosot lebih daripda satu peratus," katanya.
Berbanding mata wang utama lain, ringgit keseluruhannya diniagakan lebih rendah.
Unit tempatan itu susut berbanding yen kepada 3.2245/2281 daripada 3.1913/1954 pada Khamis dan merosot berbanding dolar Singapura kepada 2.5878/5922 daripada 2.5866/5891 semalam.
Nilai ringgit juga susut semalam kepada 4.5472/5521 daripada 4.5644/5699 berbanding euro semalam tetapi kukuh berbanding pound Britain kepada 5.4471/4530 daripada 5.4498/4562.
0 Response to "Ringgit Ditutup lebih Rendah berbanding US"
Catat Ulasan