'Kami Sepupu, Tapi Saya Bukan Bawah 'Perlindungan' Najib' - Hishammuddin

alt
 
KUALA LUMPUR 19 Mac - Media barat dilihat sengaja memainkan pertalian diantara Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memberikan maklumat.
 
Kredibiliti Hishammuddin sengaja dimainkan media barat dengan  mendakwa beliau kini berada ditahap selesa di bawah 'perlindungan' Najib.
 
Semalam,wartawan dari CNN mendakwa Hishammuddin tidak memberikan kerjasama yang baik dengan media dan juga lambat bertindak dalam menyalurkan maklumat kepada semua pihak.
 
Walaubagaimanapun,Hishammuddin menafikan dakwaan dangkal itu.
 
"Ya, saya memang sepupu Perdana Menteri namun saya bukan berada di bawah perlindungan beliau.
 
"Pihak kami bekerjasama dengan 26 buah negara yang berbeza, banyak maklumat yang diterima dan perlu disahkan terlebih dahulu sebelum dibentangkan kepada media, tentunya ia memakan masa," katanya.

0 Response to "'Kami Sepupu, Tapi Saya Bukan Bawah 'Perlindungan' Najib' - Hishammuddin"

Catat Ulasan