KAJANG 19 Mac - Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.25 Kajang perlu sedar bahawa tidak tertipu dengan niat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan PRK kali ini.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, niat mereka hanya untuk ke Putrajaya bagi kepentingan parti dan mereka hanya menggunakan pengundi di Kajang.
"Lihat sahaja poster kempen mereka, mereka menulis 'Dari Kajang Ke Putrajaya', ianya bersifat keinginan peribadi dan mereka menjadikan rakyat sebagai mangsa.
"Tidak seperti Barisan Nasional (BN), apa yang penting bagi kami adalah kebajikan rakyat," katanya kepada pemberita semasa membuat lawatan di Pusat Media PRK Kajang di sini hari ini.
Shahrizat menjelaskan, tindakan PKR yang menggunakan politik kotor terhadap calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun jelas menunjukkan PKR sekarang ketandusan idea untuk memenangi hati rakyat.
"Ia merupakan tindakan mereka yang 'desperado'
"Saya yakin pengundi di Kajang mampu menilai mana yang betul dan mana yang merupakan fitnah yang digunakan oleh PKR
"Kononnya dalam ceramah, mereka dengan yakin mengatakan akan buat Mei Fun hilang deposit tapi kita akan lihat pada hari pengundian," ujarnya.
0 Response to "Shahrizat : PKR Hanya Untuk Anwar, Bukan Rakyat"
Catat Ulasan