Pakatan Perlu Minta Penjelasasn Hisham Bukannya Cakap Belakang

alt

KUALA LUMPUR 19 Mac - Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) seharusnya mendapatkan maklumat mengenai kehilangan pesawat MH370 daripada Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bukannya menyalahkan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, taklimat oleh Hishammuddin semalam adalah diatas permintaan Kelab Penyokong BN (BNBBC) yang jelas hanya dihadiri oleh ahli BN sendiri.

"Logiklah.. jika BNBBC menganjurkan taklimat tersebut, anda tidak akan menjangka kita akan menjemput mereka (PR) untuk hadir sama.

"Kita melihat ianya tidak mempunyai sebarang masalah. Kalau Hisham kata sekat (maklumat kepada) PR maka itu lainlah ceritanya," katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Ka Siong berkata demikian bagi mengulas dakwaan Ahli Parlimen Fuziah Salleh dan Sim Tze Tzin yang menuduh pentadbiran Najib mengamalkan politik partisan kerana menghalang 89 ahli parlimen pembangkang dari menghadiri taklimat tersebut.

Tegas Ka Siong, taklimat yang dianjurkan adalah diatas inisiatif BNBBC sendiri dan merupakan amalan normal bagi sesebuah kelab untuk bertemu dengan menteri dari semasa ke semasa.

"Kadangkala kita melihat (Datuk Seri) Nazri bertemu dengan pembangkang untuk berbincang. Ianya merupakan inisiatif Nazri sendiri, jadi mengapa kita perlu cemburu?

"Kadangkala BNBBC memanggil menteri untuk beri taklimat. Ini merupakan inisiatif BNBBC untuk megemaskini perkara mengenai Ahli Parlimen kita, terutamanya penyokong BN. Jika mereka mahu, PR boleh mengaturkan (pertemuan) sendiri," katanya lagi.

 

Related Posts :

0 Response to "Pakatan Perlu Minta Penjelasasn Hisham Bukannya Cakap Belakang"

Catat Ulasan