Ipoh: Empat penyokong Perak
ditahan polis kerana merusuh dengan membaling batu, suar, mercun dan pelbagai
objek ke dalam padang serta penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas
menyaksikan pasukan mereka tewas 1-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Perak,
di sini malam tadi.
Kekecohan itu turut mengakibatkan
jurgambar NSTP Supian Ahmad dan beberapa penyokong JDT turut cedera akibat
dibaling objek keras termasuk batu.
Kekecohan dikatakan mula tercetus di
bahagian tempat duduk penyokong pelawat apabila sebahagian besar penyokong tuan
rumah menyerbu dan membaling pelbagai objek.
Situasi semakin tegang menyebabkan
Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengarahkan penyokong JDT masuk dan berkumpul
di padang bagi mengelak daripada dibaling dan bertembung dengan penyokong Perak
yang semakin tidak terkawal.
Menjelang tengah malam ini, FRU mula
menggunakan gas pemedih mata dan jentera menyembur air ke arah kumpulan
penyokong Perak yang enggan bersurai manakala empat penyokong turut
ditahan.
Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani
Abdullah Sani yang berada di stadium untuk memantau keadaan mengesahkan
tangkapan penyokong Perak terbabit.
Keadaan mula reda apabila penyokong JDT
diiring polis keluar dari stadium hingga menaiki bas mereka sebelum kenderaan
polis turut mengiring mereka ke plaza tol Lebuhraya Utara
Selatan.
0 Response to "[12 Gambar] Kecoh penyokong bola Perak vs JDT merusuh di Ipoh malam tadi !"
Catat Ulasan