Perkahwinan adalah terbina apabila satu proses ijab kabul antara seorang teruna dan dara termenterai. Tafsiran ini selalu digunakan oleh kebanyakan orang, apabila diajukan soalan tentang perkahwinan.
Namun sebenarnya, tafsiran yang lebih menjiwai tentang perkahwinan adalah satu hubungan yang lahir dari rasa dan sifat kasih sayang Allah kepada hambaNya. Apabila kasih sayang dibina kerana Allah, maka akan terpancar darinya perasaan kasih sayang yang mesra dan erat antara suami isteri. Hubungan yang diredhai Allah akan memperlihatkan satu hubungan yang akan menghasilkan bau-bauan yang harum semerbak dan gambaran suasana bawah pepohonan yang teduh serta angin yang bertiup halus.
“ Mereka (isteri-isteri) adalah pakaian bagi kamu dan kamu adalah pakaian bagi mereka.” (al Baqarah:187)
“ Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia telah menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepada mereka dan Allah jadikan di antara kamu perasaan mesra dan kasih sayang.” (ar Rum:21)Isu rumahtangga yang sering dipertontonkan dan diperhebahkan kini, amat kritikal jika dillihat dari sudut agama. Kes-kes di mahkamah syariah makin hari makin bertambah. Semoga kita terus istiqamah dalam melakukan kebaikan dan sentiasa dibawah rahmat Allah SWT.
12 TIPS KEKAL BAHAGIA
# 1. NIAT BERKAHWIN KERANA ALLAH SWT
Niat adalah antara aset yang penting dalam mengekalkan sesebuah perkahwinan yang bahagia. Berniatlah perkahwinan itu kerana Allah SWT bukan kerana nafsu semata-mata. Mohon pada Allah SWT agar keharmonian dalam rumah tangga dan berada dalam keadaan yang dirahmati dan diberkatiNya.
# 2. PELAJARI ILMU RUMAHTANGGA
Prasyarat perkahwinan yang telah ditetapkan oleh majlis agama islam adalah mengikut kursus perkahwinan. Namun ia sebenarnya, belum cukup untuk menjadi bekalan yang kuat dalam membina sesebuah rumah tangga yang bahagia. Ilmu perkahwinan perlu ditambah lagi dengan bertanya kepada ustaz-ustaz atau orang tua yang lebih berpengalaman. Ketahui hukum-hukum syarak dalam perkahwinan serta tips yang tebaik dari mereka. Selain itu, carilah buku-buku atau ebook rahsia rumahtangga bahagia sebagai bahan rujukan tambahan agar kita lebih bersedia dalam menempuh atau didalam dunia rumah tangga.
# 3. LETAK IMAN DIDALAM HATI
Ubahlah persepsi anda sekarang jika berkahwin hanya kerana nafsu dan cinta. Ini adalah kerana nafsu dan cinta itu boleh berkurangan dan akan 'expired'. Amat sukar untuk mempertahankan rumahtangga jika berkahwin atas dasar nafsu dan cinta semata-mata kerana ia tidak kekal, emosi boleh berubah pada bila-bila masa. Jika perkahwinan berdasarkan kepada asas keimanan, sudah tentu antara suami isteri akan cuba menjadikan rumah tangga mereka dalam diredhai Allah SWT. Keimanan yang dijadikan asas akan menjadikan pasangan bertanggungjawab sepenuhnya dalam tugas serta apa yang dianjurkan dalam Islam.
# 4. CARILAH PERSAMAAN
Persamaan antara pasangan perlulah dicari dalam segala hal. Jangan terlalu ego dalam setiap keadaan. Berlapang dada dan mencari jalan penyelesaian. Jika persamaan ditemui pasangan, hubungan suami isteri yang erat akan terbina. Jadi, kenali pasangan anda seperti kata pujangga tak kenal maka tak cinta kemudian carilah pula persamaan antara keduanya.
# 5. BERSYUKUR DENGAN REZEKI BERPASANGAN
Apabila sifat tidak bersyukur wujud dalam berpasangan, ia adalah satu petanda kepada mulanya masalah rumah tangga. Kebaikan dan kekurangan pasangan perlulah terima dengan redha, jika baik teruskan namun jika tidak baik perbetulkan. Kadang-kadang timbul jugak persoalan, kenapalah perlu merungut? Sepatutnya tadah tangan dan melafazkan rasa syukur kepada Allah SWT diatas kurniakan rezeki berkahwin. Jika rasa bersyukur itu wujud, insyaAllah hubungan suami isteri akan jadi bertambah intim.
# 6. HADAPI DUGAAN DENGAN BERHEMAH
Jika berlaku dugaan dalam rumahtangga, sabar amatlah penting. Sabar dan rancang dengan baik untuk keluar dari masalah tersebut. Jika perlu bantuan pihak ketiga, mintalah. Namun hindari dari pihak ketiga yang memberi pandangan pada sebelah pihak sahaja walaupun ahli keluarga sendiri. Hal ini kerana tidak semestinya orang luar boleh selamatkan keadaan itu. Jumpalah pada orang yang memberi jalan penyelesaian bukan jalan kekusutan. Kemudian, berdoalah kepada Allah SWT. Hadis Nabi SAW doa Nabi Yunus a.s adalah salah satu doa yang sungguh mustajab dibacakan ketika kalian berada dalam keadaan kesusahan ditimpa bala atau musibah.
“Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim” ketika berada di dalam perut ikan, sampai suaranya ke Arasy Allah.Allah SWT akan mengkabulkannya sebagaimana Dia mengkabulkan doa Nabi Yunus a.s seperti firmanNya yang bermaksud :
“Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.”(Surah al-Anbiya (21) ayat 88)# 7. BANTU-MEMBANTU DALAM SEGALA HAL
Dengan ekonomi yang agak kurang stabil dewasa ini, ia telah menyebabkan isteri terpaksa bekerja untuk membantu suami mencari pendapatan. Oleh yang demikian, tugas isteri semakin bertambah, jadi apabila suami menolong ia akan mengurangkan serta meringankan kerja-kerja isteri dirumah. Misalnya, menjaga anak, membasuh baju, menyidai dan melipat pakaian. Jika suami mampu, carilah pembantu rumah bagi mengurangkan beban dalam kehidupan seharian. Hargailah pergorbanan pasangan dengan saling bantu membantu.
# 8. JAGA KETRAMPILAN ANDA
Sering berlaku apabila berada dirumah hanya pakai pakaian apa yang ada, bila diluar rumah pakai yang cantik dan glamour. Sebaliknya jagalah penampilan masing-masing supaya sejuk mata pasangan memandang.
# 9. KURANGKAN KETIDAKPERCAYAAN
Cemburu atau berprasangka pada pasangan adalah tidak elok jika keterlaluan. Realiti adalah tidak sama dengan mainan perasaan atau hati. Perasaan ini selalunya menjadi penyebab kepada punca-punca ketidaksefahaman seterusnya akan memberi ketidakselasaan kepada hubungan pasangan.
# 10. MATANG DALAM BERFIKIR
Pasangan yang dikurniakan Allah SWT bukanlah seperti rakan-rakan atau teman-teman biasa tetapi satu amanah besar kepada kita dalam meneruskan kelangsungan hidup hingga ke syurga. Jika salah jalan, keduanya akan dipersoalkan kelak. Jika mengikut keputusan yang betul, keduanya akan mendapat rahmat Allah didunia dan akhirat. Bijak dan matang dalam membuat keputusan. Jangan menyakiti hati pasangan, berfikir sebelum bercakap.
# 11. UTAMAKAN KESIHATAN
Masalah kesihatan kebanyakan menjadi punca kepada masalah rumah tangga. Kesihatan mental dan emosi perlu dijaga bukan hanya tertumpu kepada kesihatan fizikal. Contohnya, masalah stress perlu ditangani segera. Penyakit kesihatan khususnya yang berkaitan dengan seks perlulah dielakkan. Jangan pandang ringan masalah ini kerana ramai yang bercerai berkaitan dengan masalah ini . Rujuklah dengan segera kepada pakar yang bersesuai dengan masalah anda.
# 12. KEINTIMAN
Pasangan yang kurang intim selalunya kurang memberi perhatian kepada pasangan. Kajian mendapati 60% pasangan yang bercerai adalah disebabkan masalah keintiman atau seks. Carilah produk-produk bersesuai yang ada dipasarkan sekarang serta mendapat kelulusan dari KKM.
Sumber
0 Response to "12 TIPS RUMAH TANGGA BAHAGIA"
Catat Ulasan