Kota Bharu: Seorang lelaki yang mendakwa sebagai ‘Datuk Zainal’ kini diburu selepas disyaki memperdaya 36 bakal jemaah umrah kebanyakannya warga emas di sini, dengan tawaran pakej umrah yang murah dan berbaloi.
Perbuatan lelaki berusia 40-an itu yang mendakwa mempunyai syarikat yang beribu pejabat di Taman Malim Jaya, Melaka menyebabkan semua mangsa kerugian RM157,600 apabila mereka yang sepatutnya berlepas ke tanah suci pada 19 Mac lalu, gagal berbuat demikian gara-gara tidak mempunyai dokumen sah.
Lebih menyedihkan apabila seorang jemaah berusia 93 tahun terpaksa tidur kepenatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang kerana menunggu lelaki berkenaan sebelum berangkat ke Jeddah menaiki penerbangan RAK Airways.
Wakil jemaah dikenali sebagai Wardi, 50-an, berkata, pada awalnya dia tidak menduga lelaki terbabit berniat serong berikutan berjaya meyakinkannya mengenai pakej umrah yang murah hanya sekitar RM4,300 selain menonjolkan diri sebagai kenamaan yang boleh dipercayai. Credit Harian Metro
0 Response to "36 bakal jemaah umrah di tipu lelaki bernama Datuk Zainal !"
Catat Ulasan