Selepas hampir dua bulan bercerai dan membawa haluan masing-masing, tiba-tiba nama pelakon dan penyanyi jelita, Erra Fazira dan bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, kembali hangat diperkatakan.
Semuanya gara-gara luahan hati Emran yang memberi bayangan seolah-olah mahu kembali memenangi hati bekas isterinya itu seperti yang dinyatakannya di laman Instagram.
Malah, Emran turut memuat naik gambar anaknya, Engku Aleesya memakai baju yang tertera mesej #prayformomandayah. Akibatnya, ramai yang memberi reaksi positif dan berharap Emran dan Erra dapat melupakan kesilapan lalu dan kembali rujuk.
0 Response to "Erra Fazira kini tertekan !"
Catat Ulasan