![]() |
[gambar fail] |
Hal ini kerana, saman bukan bermaksud perlu membuat bayaran kerana polis sendiri perlu membuktikan kesalahan berkenaan.
Penasihat guaman Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Shariff, berkata beliau mempertikaikan tindakan Polis yang mula mengeluarkan saman terhadap pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap sedangkan tindakan itu sepatutnya bermula 16 Jun ini.
Katanya, pada 15 Mei Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman SAC Mohd Fuad Abdul Latif dalam kenyataan media berkata pihak Polis memberikan tempoh sehingga 15 Jun ini kepada pemilik kenderaan menggunakan cermin gelap supaya menukar kepada cermin mengikut spesifikasi betul.
“Tiba-tiba malam semalam/ malam kelmarin polis buat operasi saman 23 orang kes cermin gelap apa cerita? itu sahaja.
Kaedah-kaedah kenderaan, jenis-jenis cermin dan dia boleh kuatkuasakan peraturan itu.
“Cermin depan depan ketelusan (cahaya) 70 peratus dan cermin lain 50 peratus.
Itu tiada masalah, cuma orang ramai bermasalah dari segi peratusan tersebut,” katanya kepada Selangor Kini.
Katanya lagi, antara perkara lain yang dibangkitkan adalah mengenai prosedur pemeriksaaan cermin gelap yang dilakukan di malam hari.
“Kalau kalau polis tidak ikut (prosedur) kepada orang-orang yang kena saman jangan bayar, Pergi lawan di mahkamah.
“Sebabnya walaupun kita salah tetapi polis yang mengambil tindakan tanpa mengikut undang-undang turut salah, tidak timbul soal kita nak lawan peraturan,” jelasnya lagi.
Setuju syor kaji semula larangan: Hishammuddin |
Namun, menjawab soalan rakan twitternya mengenai laporan muka depan BH, Sabtu lalu mengenai peraturan itu yang dianggap sudah lapuk, beliau berkata, mahu mendapatkan pandangan semua pihak berkepentingan mengenainya terlebih dulu.
Hishamuddin yang kini berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE) kerana menyertai rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam lawatan rasmi ke negara itu, tidak dapat dihubungi untuk mengulas lanjut pandangannya.
Larangan tidak sesuai
Maklum balas beliau dalam twitter itu adalah susulan laporan khas BH sejak Sabtu lalu mengenai pandangan pelbagai pihak berhubung larangan penggunaan cermin gelap kenderaan sudah tidak sesuai di negara ini.
Ahad lalu, Timbalannya, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, menyatakan kesediaan Kementerian Pengangkutan untuk mengkaji semula larangan penggunaan cermin gelap bagi kenderaan pelbagai guna (MPV) dan van tanpa but.
Abdul Aziz berkata, beliau sudah meminta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengkaji semula larangan itu berikutan aduan orang ramai yang menyifatkan peraturan berkenaan tidak lagi sesuai atas beberapa faktor.
Faktor cuaca antara punca
Antara faktor dikemukakan termasuk keadaan cuaca negara ini yang panas sepanjang tahun, menyebabkan pemandu dan penunggang tidak selesa kerana terdedah kepada kepanasan teruk serta boleh menjejaskan kesihatan.
Pengimport kereta juga merungut larangan itu memberi kesan kepada mereka kerana terpaksa menukar cermin asal yang gelap kepada cermin cerah sekiranya mahu melepasi syarat ditetapkan JPJ.
Ada pandangan cermin cerah antara punca peningkatan kes pecah kenderaan untuk mencuri barang di dalamnya.
- BH
Operasi cermin gelap bermula 16 Jun
Pihak polis memberi amaran kepada pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi supaya menukar atau menanggalkannya sebelum operasi besar-besaran dijalankan mulai 16 Jun ini.
Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, SAC Mohd Fuad Abd Latiff berkata pemilik diberi tempoh sehingga 15 Jun untuk berbuat demikian, sebelum kompaun RM300 dikenakan kepada mereka yang melakukan kesalahan tersebut.
"Penggunaan cermin gelap dan nombor pendaftaraan tidak mengikut spesifikasi akan menyukarkan untuk mengecam suspek," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Namun beliau berkata penggunaannya perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan.
- Bernama
0 Response to "Peraturan Lapok, Disaman Kerana Cermin Gelap Boleh Cabar Di Mahkamah, Kata Peguam"
Catat Ulasan