[ Berita ] Ahli Perniagaan Dipercayai Dibunuh

KUCHING: Siasatan kes kemalangan yang dijalankan oleh polis trafik menjurus kepada penemuan mayat seorang ahli perniagaan yang dipercayai dibunuh di se­buah rumah kosong di Jalan Batu Kawa-Matang di sini.

Ahli Perniagaan Dipercayai Dibunuh, info, terkini, berita, kuching, kes bunuh



Lelaki tersebut yang dike­nal pasti sebagai Lee dari Batu Kawa, 57, ditemui polis trafik dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di kawasan rumah berpagar miliknya.

 




Pengguna jalan raya itu memberitahu, secara ke­betulan, suami mangsa dan anaknya, yang tinggal 200 meter dari lokasi, tiba di situ dengan berjalan kaki ke lokasi sebelum disuruh menghantarnya ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menerima rawatan.Difahamkan sebelum ke­jadian, pengguna jalan raya ternampak seorang wanita, 39, berlumuran darah di tepi jalan yang mendakwa terlibat dalam kemalangan.

“Suami dan anaknya kemu­dian pulang ke rumah mereka dan kembali bersama kereta sebelum membawa wanita itu ke hospital,” katanya.

Bagaimanapun, sebelum meninggalkan lokasi, ka­tanya, suami mangsa diper­cayai masuk ke pekarangan rumah itu dan memecahkan cermin tingkap pikap milik si mati yang diparkirkan di situ sebelum mengambil beg tangan isterinya dari dalam kereta tersebut.

Ketua Polis Daerah Pada­wan Superintenden Pauzi Bu­jang yang mengesahkan kes itu memberitahu, pihaknya menerima panggilan kece­masan daripada orang awam sekitar 2.30 petang menga­takan terdapat kemalangan selepas menemui seorang wanita berlumuran darah.

“Apabila anggota polis trafik saya sampai ke sini un­tuk menyiasat, mereka tidak nampak sebarang kenderaan jadi mereka masuk ke dalam premis ini.

“Selepas masuk ke ka­wasan ini, mereka ternampak tompokan darah depan rumah sebelum menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan tertiarap,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Anggota trafik kemudian menyerahkan kes itu kepada Bahagian Siasatan Jenayah dan Pegawai Penyiasat untuk siasatan.

“Motif di sebaliknya belum diketahui namun suami ke­pada wanita tersebut ditahan untuk membantu siasatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Pauzi berkata, polis belum menemui objek tumpul yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa dan tidak ada kesan tikaman ditemui pada badan mangsa.

Tambahnya lagi, tidak ada kesan pergelutan ditemui di rumah tersebut.

Beliau turut memberitahu, polis menjumpai motosikal milik wanita tersebut di peka­rangan rumah tersebut.

Sementara itu, anggota polis forensik menjumpai sehelai baju, sarung tangan, sepasang selipar dan sebatang besi di pekarangan rumah itu dan mengambilnya untuk dianalisis.






Isteri dan dua orang anakn­ya yang tiba di lokasi selepas dimaklumkan insiden itu, kemudian mengiringi mayat tersebut ke rumah mayat HUS.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Kesek­saan.


Sumber : suara.tv

0 Response to "[ Berita ] Ahli Perniagaan Dipercayai Dibunuh"

Catat Ulasan