[ Terkini ] Tanah Runtuh Di Jalan Penampang-Tambunan


KOTA KINABALU: Laluan di kilometer 46 Jalan Penampang-Tambunan tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan dari kedua-dua arah berikutan kejadian tanah runtuh yang menimbus sama sekali jalan raya di lokasi berkenaan.



Tanah Runtuh Di Jalan Penampang-Tambunan, info, terkini, berita, sabah, tanah runtuh



Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh orang awam pada jam 3.36 petang ini dan kini berlaku kesesakan lalu lintas sepanjang setengah kilometer melibatkan pengguna dari Penampang.

 




"Kami dimaklumkan pihak berkuasa sudah menghantar jentera ke lokasi untuk mengalih runtuhan tanah di atas jalan raya. Tidak ada kemalangan jiwa berlaku," kata jurucakap itu.

Setakat ini belum ada maklumat tentang jarak jalan raya yang tertimbus dan bila jalan di situ boleh dilalui semula kerana jentera masih dalam perjalanan ke lokasi untuk menjalankan kerja pembersihan.

Justeru, beliau menasihati pengguna yang hendak ke Tambunan atau ke Kota Kinabalu dan Penampang supaya tidak menggunakan laluan itu buat sementara waktu.






Bagaimanapun, jika terpaksa meneruskan perjalanan, pengguna jalan raya dari Kota Kinabalu ke Tambunan dan sebaliknya dinasihati menggunakan laluan alternatif iaitu Kota Kinabalu-Ranau-Tambunan atau Kota Kinabalu-Kimanis-Keningau namun laluan alternatif itu agak jauh. - Bernama

0 Response to "[ Terkini ] Tanah Runtuh Di Jalan Penampang-Tambunan"

Catat Ulasan