David Teo Bikin Single Terbaru Untuk Perli Artis ‘Kacang Lupakan Kulit’?


Kalau selalunya artis yang mengeluarkan single, kali ini pengarah filem, David Teo pula yang mengeluarkan singlenya sendiri bertajuk ‘Kacang’.



David Teo Bikin Single Terbaru Untuk Perli Artis ‘Kacang Lupakan Kulit’?, info, terkini, hiburan, david teo,



“Idea asal lagu ini adalah idea saya sendiri. Saya berbincang dengan Cat dan terhasillah lagu ini. Baru-baru ini, saya menjalani penggambaran muzik video lagu ini di One City Skypark Mall, Puchong. Saya rasa sangat letih dan penat. Rupanya, berlakon dalam video klip lebih penat berbanding berlakon dalam filem atau drama,” kata David.

 





Lagu ini kononnya banyak berkisarkan perihal ‘kacang lupakan kulit’. Sebelum ini, timbul kontroversi yang mendakwa David menggelarkan pengarah Ahmad Idham sebagai seorang ‘kacang lupakan kulit’. Jadi, adakah ia ditujukan pada beliau? Ada juga mengaitkan lagu ini pada Wawa Zainal dan Aeril Zafril.

“Saya ingin katakan yang lagu ini tidak ditujukan kepada sesiapa pun. Subjek ‘kacang lupakan kulit’ memang seringkali berlaku dalam kehidupan masyarakat kita, jadi saya rasa perkara ini menarik untuk diketengahkan dalam lagu. Tetapi jika ada pihak yang terasa hati, bagi saya mudah sahaja. Siapa makan cili, dia rasa pedas,” tuturnya lagi.






Lagu ‘Kacang’ sudah pun mula diputarkan di beberapa stesen radio tempatan. Muzik videonya pula bakal disiarkan di laman YouTube dua minggu lagi.

Amboi, siap ada muzik video. Best atau tidak? Kita nantikan~

Sumber : myartis.my

0 Response to "David Teo Bikin Single Terbaru Untuk Perli Artis ‘Kacang Lupakan Kulit’?"

Catat Ulasan