Hanez Suraya Sudah Putus Dengan Romie?


Punyalah lama berlarutan kisah percintaan Hanez Suraya yang kononnya sampai merampas suami orang, Hanez memaklumkan yang beliau sudah mengambil keputusan untuk mengorbankan hubungannya dengan Romie dalam satu kenyataan akhbar. Biar betul?



Hanez Suraya Sudah Putus Dengan Romie?, info, terkini, hiburan, pelakon hanez suraya, gossip, sensasi, isu hangat,



Khabarnya Hanez bertindak begini supaya Romie boleh selamatkan rumahtangganya bersama Liyana dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

 




“Saya tidak mampu berbuat apa-apa. Bayangkan setiap kali isu perceraian Romie dan Liyana dibangkitkan, nama saya diheret sama. Dalam perbicaraan pun nama saya tidak disebut, tetapi alih-alih di laman sosial nama saya dikaitkan.”



Hanez Suraya Sudah Putus Dengan Romie?, info, terkini, hiburan, pelakon hanez suraya, gossip, sensasi, isu hangat,


“Saya menjadi bahan cemuhan dan hinaan. Saya tidak faham mengapa ia terjadi, sedangkan sebelum ini saya tegasan apa jua masalah yang berlaku antara Romie dan Liyana, jangan kaitkan nama saya.”

“Saya sudah korbankan hubungan kami. Cuma orang yang tidak tahu keputusan yang saya ambil sebab saya bukan jenis semua perkara mahu dipukul canang.”

“Apa yang saya fikir sekarang mahu meneruskan kerjaya seni, tetapi nampaknya orang masih terus menuduh dengan membuat pelbagai dakwaan negatif. Saya habis punca walaupun mengambil keputusan sejauh ini.”

“Saya bersedia mengundur diri memandangkan masalah dihadapi hanya mereka yang tahu dan faham. Cuma saya minta apa jua masalah, selesaikan berdua dan jangan babitkan nama saya.”

“Ini kali kedua saya menyatakan perkara sama. Jika saya tidak lagi ada dan wujud dalam hidup mereka namun masih dikaitkan, nampaknya saya menjadi kambing hitam dalam situasi berlaku yang ia sangat tidak bagus.”






Baguslah kalau itu niatnya. Kalau Hanez mengundur diri dan hubungan Romie bersama isterinya masih tidak dapat diselamatkan, bermakna memang bukan salah Hanezlah yang kononnya merosakkan rumahtangga orang. Mari kita lihat samada hubungan pasangan suami isteri ini dapat diperbaiki atau tidak.


Sumber : myartis.my


0 Response to "Hanez Suraya Sudah Putus Dengan Romie?"

Catat Ulasan