2 PESERTA PESTA SUKAN BOGEL SUDAH DITAHAN



NIBONG TEBAL – Polis menahan dua lelaki berusia antara 30 dan 40 tahun yang dipercayai terlibat dalam pesta sukan bogel di Pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang, baru-baru ini.

Lelaki pertama yang berasal dari Singapura dipercayai terlibat dalam pesta itu sebagai jurukamera, direman sehingga 17 Ogos ini selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Rabu lalu.

Seorang lagi lelaki rakyat tempatan yang turut menyerah diri semalam akan direman hari ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, polis turut memburu penganjur pesta itu, Chew Tok Hwa dari Sungai Petani, Kedah dan warga Singapura, Albert Yam bagi membantu siasatan, lapor Utusan.

0 Response to "2 PESERTA PESTA SUKAN BOGEL SUDAH DITAHAN"

Catat Ulasan