Lepas kempen boikot McD berjaya dilakukan, kini giliran Shaklee pula mula di boikot. Shaklee merupakan satu produk kesihatan yang semakin mendapat sambutan dikalangan ibubapa dan syarikat MLM ini sudah lama bertapak di Malaysia.
Jom baca tulisan Ustaz Dr.Nik Rahim menerusi blog beliau mengenai produk Shaklee ini.
Jom baca tulisan Ustaz Dr.Nik Rahim menerusi blog beliau mengenai produk Shaklee ini.
Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat...moga sahabat semua dirahmati Allah. Ameen!
SUKAR....memang amat sukar untuk saya membuat keputusan ini. Saya dan keluarga menaruh harapan menggunung terhadap Shaklee. Bagi kami shaklee adalah laluan cukup sempurna bagi menyelesaikan masalah kewangan yang membelenggu diri.
Setelah MELOMPAT dari satu syarikat ke satu syarikat MLM dan GAGAL dalam kesemua penglibatan saya sebelum ini (atau belum lagi BERJAYA!) ..akhirnya saya sekali lagi bertemu jodoh dengan SHAKLEE...walaupun setelah 'berpisah' sekian lama pada awal tahun 1990an.
Kali ini saya tekad tidak mahu KECEWA lagi! cukuplah pengalaman-pengalaman lalu menjadi pengajaran berguna buat saya sekeluarga. PUNCA KEGAGALAN saya cuma satu....saya QUIT! dan berhenti setelah bertungkus lumus membina rangkaian. Saya tidak mahu kisah pedih yang pernah saya lalui berulang kembali.
Saya dan family join SHAKLEE untuk kali kedua pada Julai 2012. Tapi setahun kami SUNYI SEPI! kerana kesibukan, sepanjang tahun 2012, satu sen pun kami tidak membuat sebarang jualan!
Pada tahun 2013 sekitar bulan November, tekanan dari sudut kewangan semakin parah. Anak semakin bertambah. Pendapatan sebagai pensyarah di Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang agak kecil, jauh sekali dari mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga besar kami!
MESYUARAT TERGEMPAR dilakukan bagi mencari solusi kepada permasalahan yang amat kronik untuk ditanggung ini. Akhirnya kami membuat keputusan untuk bergerak aktif dalam Shaklee. Strategi diatur. Langkah disusun. Iklan dan promosi diperhebatkan. Syukur! pada bulan Oktober 2013, segala usaha membuahkan hasil! RM1,727 adalah bonus yang diterima pada bulan tersebut.
Sehingga artikel ini ditulis, bonus paling tinggi dicapai adalah pada bulan Mei 2014 berjumlah RM4,138 dan sekaligus layak untuk menyertai Konvension yang diadakan di Sunway Lagoon pada 7-9 June 2014.
sumber sini
0 Response to "KENAPA SAYA BOIKOT SHAKLEE - USTAZ DR. NIK RAHIM"
Catat Ulasan