KUALA LUMPUR: Cuepacs pada Isnin meminta kerajaan mempertimbang pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam dalam pembentangan Bajet 2015.
Presidennya Azih Muda berkata ia selaras dengan pertumbuhan ekonomi negara yang dilihat semakin memberangsangkan selain bertujuan menghargai jasa penjawat awam dalam memacu perkembangan itu.
"Ekonomi negara pada masa ini menunjukkan perkembangan yang positif dengan pertubuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara meningkat lebih lima peratus.
"Sekiranya ekonomi negara tidak menyusut dalam tempoh enam bulan, kita rasa momentumnya akan terus meningkat dan sudah tentu pemacu kepada keberkesanan ekonomi ini dimulai dengan penjawat awam", katanya pada majlis penyerahan sumbangan di Wisma Cuepacs di sini.
Azih berkata Cuepacs akan membuat permohonan rasmi dengan menghantar surat pertimbangan kepada Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan mengenai pemberian bonus itu. -MyMediHub
0 Response to "BONUS 2 BULAN UNTUK BAKAL PENJAWAT AWAM !"
Catat Ulasan