Akhir-akhir ini kerap kita dengar dan baca mengenai peningkatan kes kehilangan kanak-kanak. Hal ini menjadi satu kebimbangan kepada para ibu bapa, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di pusat bandar. Berita kehilangan kanak-kanak yang disiarkan media massa amat menggusarkan. Tindakan perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.
Bukanlah tugas yang mudah untuk menjadi ibu bapa dewasa ini. Ketika anak dalam jagaan hilang di tengah keramaian, di shopping complex, maka mereka ini yang pertama sekali dipersalahkan.
"macam mana boleh hilang? ibu bapa jenis ape ni? cuainya!"
Berikut sedikit tips bagi panduan ibu bapa bagi mencegah perkara ini berlaku. Mencegah bukan jaminan takkan terjadi kerana setiap kes, setiap anak dan setiap ibu bapa itu berbeza. Tetapi apa salahnya mencuba untuk mencegah?
Didik anak-anak dengan:
1. Ajar anak sejak kecil (bersesuaian dengan usia dan perkembangannya) untuk mengenal nama ibu bapa.
2. Apabila anak sudah mula faham dan ingat, bolehlah melatih anak untuk mengingati alamat rumah atau menunjukkan arah jalan pulang ke rumah.
3. Ajar anak untuk selalu memegang/memimpin tangan ibu bapa ketika keluar berjalan-jalan.
4. Ajar anak untuk tidak mudah panik.
5. Ajar anak untuk mencari bantuan dengan menangis sekuat-kuatnya!
Didik diri sendiri supaya:
1. Mengenakan pakaian yang berwarna terang kepada anak. Jika anak lebih dari seorang, pakaikan baju yang sama corak.
2. Ibu bapa tidak digalakkan membawa beg lebih daripada 1 di tangan. Tangan akan lebih selesa mengendong anak (anak kecil) tanpa ada gangguan yang lain.
3. Ibu bapa hendaklah saling berbahagi peranan dalam mengurus anak.
Selain itu, pelbagai pihak perlu juga memainkan peranan masing-masing dalam mengatasi masalah ini. Pihak pengurusan sekolah perlu sentiasa peka dan menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat.
Bagi anak-anak yang dihantar ke taman asuhan, pihak taman asuhan perlu mengambil langkah-langkah bagi menjamin keselamatan kanak-kanak dalam jagaan. Masyarakat juga memainkan peranan yang penting dengan bersikap prihatin apabila melihat kejadian yang mencurigakan berlaku di sekitar kejiranan mereka.
Pihak polis juga digalakkan untuk mengetatkan kawalan di kawasan tumpuan kanak-kanak. Selain itu, demi memastikan perkara ini dipandang serius dan tidak berulang, tindakan tegas terhadap penculik dan pembunuh kanak-kanak juga hendaklah dilaksanakan.
Ada bagusnya, media sosial itu juga boleh membantu dalam memberikan sedikit info dan tips dalam perkara ini. Sekurang-kurangnya boleh membantu untuk mengingatkan ibu bapa agar lebih berhati-hati. Namun diingatkan, semua pihak perlu menggembleng tenaga dalam menangani masalah kehilangan kanak-kanak. - My Media Hub
0 Response to "TIPS ELAK KEHILANGAN KANAK-KANAK"
Catat Ulasan