SHAH ALAM – Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mengingatkan agar semua pihak menjunjung titah keputusan yang telah dibuat oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memperkenankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor.
Menurutnya, ia bersandarkan kepada pengakuan Khalid bahawa beliau masih mendapat mandat dan sokongan majoriti daripada Ahli Dewan.
Selain itu, Perkasa turut mendesak Khalid supaya segera membuat penjelasan terbuka kepada umum berkenaan isu penyelesaian hutang Bank Islam secara telus dan tidak menyerahkan isu terbabit kepada SPRM semata-mata.
Khalid boleh bertindak secara peribadi dan sukarela untuk membersihkan integritinya.
“Ia sama seperti Saiful Bukhari, selain membuat aduan polis, dalam pada masa yang sama telah dua kali bersumpah junjung Al-Quran termasuk di hadapan Kaabah.
“Khalid boleh mengikut jejak Saiful dalam usahanya untuk menegakkan kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelas Ibrahim, kerana hutang Khalid dengan Bank Islam, beliau turut dikaitkan dengan Tan Sri Rashid Manaf berkenaan tanah untuk Ecoworld dan projek perumahan kerajaan sebanyak 2,400 unit.
Ujarnya, pihak SPRM pasti akan menyiasat kes itu, tetapi berasaskan bukti dan ia bukannya suatu perkara yang mudah.
“Sebelum ini, Khalid telah mencabar Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution untuk membuat laporan atau beliau akan di saman,” katanya.
Ibrahim turut berbangga melalui pendedahan yang dibuat oleh Tony Pua yang menyatakan Khalid telah membatalkan cadangan projek ternakan babi yang terbesar di Sepang bernilai RM100 juta kerana ia berada di kawasan penduduk Melayu.
“Syabas kepada Khalid,” ujarnya, lapor FMT.
0 Response to "GILER SESUMPAH! IBRAHIM ALI GESA KHALID BERSUMPAH SEPERTI SAIFUL BUKHARI"
Catat Ulasan