Ramai pelanggan setia Petronas mengamuk gara-gara ketiadaan stok payung hitam Primax 95 di setiap Stesen Petronas yang dikunjungi mereka.
Payung edisi terhad Primax 95 Petronas yang mula dipromosikan semenjak 20 Julai yang lalu mengenakan syarat pelanggan harus mendapatkan 10 cop bagi mendapatkan payung percuma berkenaan. (Rujuk Gambar)
Namun, kebanyakan pelanggan yang telah mendapat 10 cop terpaksa berputih mata dengan jawapan yang diberikan oleh kakitangan Stesen Petronas ketika ingin menebus payung edisi terhad itu bahawa mereka kehabisan stok.
Apa yang menambahkan lagi kesakitan di hati, lebih 11 stesen Petronas yang dikunjungi memberikan jawapan yang sama.
Salah seorang pelanggan setia Petronas sempat membuat rakaman video bagi membuktikan penipuan Petronas ini:
Biarpun hanya hadiah payung, ianya amat bermakna bagi pelanggan. Pihak Petronas harus tampil memberikan jawapan berkenaan masalah ini. -MyMediaHub
LIHAT VIDEO KEKECEWAAN PELANGGAN DI BAWAH
Takkan Petronas tak boleh estimate berapa banyak payung mesti disediakan sebelum promosi dilancarkan. Kalau rasa tertekan lain kali jangan berjanji dan cuba lari. Sedikit masa lagi, Petronas akan bagi alasan promosi tamat tempoh dan payung tak boleh claim lagi.Sekiranya ini betul-betul berlaku saya berharap rakyat Malaysia akan boikot beli minyak Petronas. Ini sebagai pengajaran kepada Petronas yang tidak peka dengan pelangan mereka.
BalasPadam