INDIA – Ia merupakan sesuatu yang menyakitkan namun bagi penduduk di negara India, mereka sanggup beratur dan menunggu untuk melalui proses tradisi iaitu menghempaskan kelapa di kepala.
Melalui proses berkenaan, ia dikatakan mampu membawa kejayaan.Setiap tahun, beribu-ribu penduduk Tamil Nadu di selatan India akan mengambil bahagian dalam proses yang menyakitkan ini.
Meskipun doktor memberi amaran, ia boleh menyebabkan kematian, namun mereka tetap mengambil bahagian. Malah setiap tahun doktor terpaksa merawat orang ramai yang terlibat dalam proses keagamaan berkenaan.
“Terdapat beberapa keadaan di mana tengkorak kita boleh menerima hentakan tetapi jika terlalu kuat ia boleh menyebabkan kerosakan.
“Jika kelapa itu pecah, ia adalah ok tetapi jika tidak, ia akan menyebabkan kerosakan kepada tengkorak kepala,” kata pakar neuro, Anil Kumar Peethambaran.
Tradisi berkenaan diamalkan sejak kurun ke-19 dan jika kelapa itu pecah dengan baik, maka ia dikatakan bakal membawa kejayaan kepada yang terlibat, lapor Mynewshub.
0 Response to "HENTAK KELAPA DI KEPALA !"
Catat Ulasan