TUDUNG BAWAL BERCORAK SALIB



Seorang pengguna Facebook mendedahkan terdapat pengusaha tudung di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) menjual tudung bercorak salib.

“Saya jumpa corak tudung bawal seakan salib. Mengaut keuntungan tanpa fikir panjang bagi pengusaha tudung. Lokasi Jalan Tunku Abdul Rahman”.

Malangnya, si pengirim gambar terbabit tidak pula mendedahkan peniaga mana yang menjual tudung berkenaan. Ini menyebabkan para pengguna Facebook menuduh Muaz Textile yang menjual tudung berkenaan tanpa sebarang bukti yang kukuh.

Anak saudara kepada pemilik Muaz Textile tampil menafikan dakwaan liar itu.



“Maaf la menyampuk. Saya anak sedara kepada pemilik Muaz Textile. Di Muaz Textile kami hnya menjual hrga yg ade sen di blkg. Contohnya rm4.90 ke rm5.90. Tp gmbr nie dia hnya tlis rm5. So ini BUKAN Muaz textile yang JUAL. Muaz textile TAK JUAL tudung salib. Sape yg prnh pegi Muaz Textile mesti tau hrga yg kami jual. Mohon jasa baik org2 diatas jgn nk bash membabi buta ckap Muaz textile. Harap jelas ye. Assalamualaikum.” - Shira Abu Bakar

Bagi pengusaha/peniaga berkenaan, anda wajib menghentikan penjualan tudung itu kerana dikhuatiri akan dibeli oleh pelanggan beragama Islam. - My Media Hub

0 Response to "TUDUNG BAWAL BERCORAK SALIB"

Catat Ulasan