Aliff Aziz Didapati Bersalah Mencuri & Bakal Dipenjara?

Mungkin perkara yang menyebabkan Aliff Aziz, penyanyi yang berasal dari Singapura dikatakan mendiamkan diri serta gagal mematuhi jadual yang ditetapkan syarikat rakamannya sebelum ini adalah disebabkan kes jenayah kecurian yang melibatkan dirinya.

Aliff Aziz Didapati Bersalah Mencuri & Bakal Dipenjara?, info, terkini, gosip, kontroversi, aliff aziz,


Menurut laporan akhbar Berita Harian edisi republik tersebut hari ini, Aliff Aziz berdepan hukuman penjara 20 hari sekiranya gagal melunaskan denda berjumlah $2,000 berikutan kesalahan mencuri tiga buah telefon bimbit.

Aliff beserta seorang rakan telah didapati bersalah mencuri telefon pintar tersebut daripada seorang individu bernama Yong Kit Siong pada tengah malam 24 Mei lalu di Blok 36, Tanglin Halt Road. Keputusan tersebut telah dibuat di Singapura pada 26 Ogos lalu.

Aliff Aziz Didapati Bersalah Mencuri & Bakal Dipenjara?, info, terkini, gosip, kontroversi, aliff aziz,


Sebelum ini penyanyi tersebut telah didakwa pada 16 Ogos lepas sebelum dijatuhkan hukuman oleh institusi pengadilan di negara republik tersebut pada Jumaat lalu.


Sumber : murai.com.my

0 Response to "Aliff Aziz Didapati Bersalah Mencuri & Bakal Dipenjara?"

Catat Ulasan