Hafiz Hamidun Idamkan Perkahwinan Seperti Fizo Omar & Mawar

Komposer dan juga penyanyi nasyid Hafiz Hamidun akui ingin hubungan perkahwinan yang bahagia seperti Fizo Omar dan Mawar. Ini adalah kerana mereka berdua berkongsi minat yang sama iaitu minat dalam bidang perniagaan.


Hafiz Hamidun Idamkan Perkahwinan Seperti Fizo Omar & Mawar, info, terkini, hiburan, hafiz hamidun,



“Saya seronok lihat mereka berdua, masing-masing minat menguruskan perniagaan demi mengukuhkan lagi hubungan suami isteri. Pasangan suami isteri yang mempunyai minat yang sama, memudahkan lagi urusan dan bercambahnya lagi pendapatan, insha allah,” katanya kepada Murai di Majlis Pelancaran Album Zikir Terapi 3 di ibu negara.

“Saya berdoa agar saya ditemukan jodoh yang hampir serupa seperti isteri Fizo. Seoarang wanita yang cekal dan kuat bekerja dan berniaga demi minatnya sendiri. Saya pun seorang yang minat berniaga jadi pelbagai idea dan pendapatan dapat dikongsikan bersama,” seloroh Hafiz.

Dalam pada itu, Hafiz juga telah melepaskan jawatan sebagai Pengarah Urusan arteffects international kerana tidak dapat menumpukan seluruh perhatian terhadap syarikat. Dia sekarang ini hanya bergelar pengarah syarikat sahaja.

“Saya baru lepaskan jawatan itu baru-baru ini, Insha Allah dalam terdekat jawatan itu akan diisi dengan individu lain. Punca saya lepaskan jawatan itu kerana saya tidak mempunyai masa yang banyak untuk memangku jawatan itu. Saya terlalu sibuk dengan ‘show’, berkarya untuk lagu baru dan lain-lain lagi.”

Disebabkan kesibukan kerja luar juga, dia telah berselisih faham dengan rakan niaganya itu. Untuk mennghentikan kekusutan tersebut, melepaskan jawatan sebagai pengarah urusan adalah yang terbaik buat syarikatnya.

Mengenai album terbaru zikir terapi 3, ini merupakan album terakhir bagi genre seperti ini. Hafiz sekarang ini sedang giat hasilkan ‘material’ baru untuk album seterusnya. Dia bercadang untuk hasilkan album berkonsepkan kerohanian dan ketuhanan.

“Saya telah siapkan 3 buah lagu, target saya untuk lancarkan album seterusnya pada tahun hadapan. Saya juga ingin berkolobrasi dengan penyanyi rap tempatan seperti mana Yassin dan Too Phat dengan lagu Alhamdulilah yang terus diingati sehingga kini,” katanya mengakhiri bicara.    


Sumber : murai.com.my

0 Response to "Hafiz Hamidun Idamkan Perkahwinan Seperti Fizo Omar & Mawar"

Catat Ulasan