Batman Arkham Knight, Sekuel Yang Dinanti


Selepas beberapa kejayaan siri permainan bertemankan vigilante bertopeng ini, Batman Arkham Knight bakal menembusi pasaran dunia pertengahan tahun 2015.

Direka bersesuaian dengan konsol francais PC, PS3, dan Xbox 360, dikhabar akan meneruskan jalan perceritaan permainan sebelumnya iaitu Arkham City yang dikeluarkan pada tahun 2011.

Xbox Achievements yang berkesempatan mencuba terlebih dahulu menyifatkan keluaran terbaharu oleh DC Comics dan Rocksteady ini lebih mantap dari segi ketilitian gambaran aksara serta sudut ketepatan visual yang lebih terperinci.

Para pengemar permainan mahupun peminat setia superhero ini akan lebih teruja apabila mengetahui sekembalinya karakter antagonis seperti Scarecrow, Penguin, Two-Face, Harley Quinn dan Riddler.



Tahun 2013 menyaksikan permainan pertempuran yang menyenaraikan seleksi watak-watak dari DC Comics iaitu Injustice: Gods Among Us menjadi perbualan hangat sejurus menjadi salah satu game popular di seluruh dunia.

Kredit gambar: pcgamer

Related Posts :

0 Response to "Batman Arkham Knight, Sekuel Yang Dinanti"

Catat Ulasan