Seakan menjadi satu trend di kalangan selebriti untuk memberikan nama-nama unik kepada anak mereka. Bukan sahaja nama ini begitu menonjol di khalayak, malah sesetengah amat sukar untuk menyebutnya.
Summer Rain
Nama anak kepada Christina Aguilera ini kemungkinan terhasil secara spontan, ekoran lahir semasa musim panas dan pada hari tersebut, hujan turun!
Winnie Rose
Kedengaran seperti nama sebuah minyak wangi. Winnie Rose merupakan anak sulung pasangan Jimmy Fallon dan isterinya, Nancy Juvonen.
Rainbow Aurora
Anak perempuan kepada personaliti TV dan model, Holly Madison.
Zuma Nesta
Pelik bukan? Namun itulah nama yang diberikan oleh penyanyi utama No Doubt, Gwen Stefani dan suaminya Gavin Rossdale.
Willow Sage
Jangan keliru dengan nama haruman rumah kerana Willow Sage adalah anak kesayangan Pink dan Carey Hart.
Bear Blu
Bear Blu dilahirkan pada Mei 2011 kepada pasangan Alicia Silverstone dan Christopher Jarecki.
Maple Sylvie Bateman
Mungkin Jason Bateman dan isteri, Anka terlalu meminati sos sarapan tersebut sehingga menamakan anak kedua mereka sempenanya.
Bronx Mowgli
Nama anak kepada Ashlee Simpson dan pete Wentz ini kedengaran seperti nama saintifik haiwan.
Kal-El Cage
Ekoran terlalu meminati Superman, pelakon Nicholas Cage memberi nama superhero tersebut kepada anaknya.
Petal Blossom
Jika nama tersebut sudah cukup pelik, tunggu sehingga mendengari nama adik-beradiknya yang lain. Poppy Honey, Daisy Boo dan Buddy Bear. Chef selebriti Jamie Oliver amat terkenal dek gemar memberi nama-nama pelik kepada anak-anak.
Kredit gambar: Dailymail, zimbio, usmagazine, secretmail
0 Response to "Nama-Nama Pelik Anak Selebriti Terkenal"
Catat Ulasan