Biasalah kalau sudah namanya manusia, perasaan untuk bertengkar memang sentiasa wujud. Baru-baru ini, penyanyi Black Hanifah dan RJ dikatakan sedang bergaduh. Iye ke?
“Saya percaya kami sudah jarang jumpa atau buat persembahan sekali kerana faktor masa dan keadaan, itu saja. Lain-lain hal kami masih okay dan berjumpa sekali-sekala,” kata RJ.
RJ juga menambah bahawa beliau ingin membuka peluang buat diri sendiri untuk berduet dengan orang lain. Tidak perlulah bergantung selamanya dengan Black kan?
Pada masa yang sama, Black juga meminta maaf kerana berkasar dengan RJ hingga menimbulkan salah-faham daripada pihak luar dan menafikan mempunyai sebarang persengkataan.

Cuma mungkin sudah tiba masa untuk masing-masing bawa haluan masing-masing dan lakukan kolaborasi lain pula.
Sumber : myartis.my
0 Response to "Black Hanifah Dan RJ Gaduh Besar?"
Catat Ulasan